Selasa, 22 Mac 2011

PeRHenTian IsLaND (1 - 3 march 2011)

PERHENTIAN ISLAND,TERENGGANU,MALAYSIA

Pada 1-3 march 2011 aku dgn rakan-rakan sekerja pergi ke pulau Perhentian atas kelolaan mat Jon. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 10 jam dari Muar ke jati Besut.Sampai je kat jeti besut terus naik speed boat..pergh!!..mmg laju x terkata2 sakit punggung terentak2 mcm naik kuda pon ade..naik bot mengambil masa 30 min.




kat jeti besut..get ready nak naik bot..


skrg ni mkn pon bleh, time bot dah jln sume mknan melayang..kah3x 

Sampai je kat pulau perhentian kira-kira 6.30pm...rasa penat hilang setelah melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa..siyes mmg cantek..superb!!!!!..sampai je terus check in kat chalet samudra..mlm itu kitaorg x ade xtvt so tidow je la sampai pg...

dah mcm pendatang asing..kah3x



ni chalet kitaorg..sederhana tp memuaskan..

Hari kedua,2 march 2011.. main bola sepak kat tepi pantai sebelum xtvt snorkeling..showdown..maskot..hahahaa




showdown 2011


we believe we can fly ....


maskot awana



kira-kira pukul 10 pg kitaorg terus pergi snorkeling menaiki 3 bot yang berlainan kerana terlalu ramai..sebelum dtg ke perhentian aku mmg dah ada pengalaman dgn xtvt snorkeling ni so x menjadi masalah..snorkeling kat perhentian mmg best dpt tgok byk ikan2 dan coral yang berwarna-warni..





bot awek2...apesal ade mat jon??..




are u ready to snorkeling..yeahhh!!!



it's so beautiful place.



jgn minum air laut kwn2 kembung nanti susah..hahahaa


ikan berwarna-warni..

Dah penat g snorkeling kitaorg mkn tghari kat pulau perhentian kecil..tgh lapo ape2 pun sedap..nyum2..lepas mkn tghari kitaorg g 1 tmpt snorkeling lg sebelum balik ke chalet..


jemput mkn....

mat de  mkn x pandang org..


lepas mkn hati pun senang..hahahaa

awek2..tp ade sorg awok(man)..hihihiihii

Pada pukul 4pm kitaorg blik dr snorkeling ke chalet untuk melakukan xtvt lain..aku sempat bekayak walaupun x pandai sgt tp ok la..x terlongkop pon kayak tu..hahahahaa..

long kuat lg kayuh..kah3x

Hari ke-dua 3 march 2011..berangkat pulang menaiki bot dr pulau perhentian pada pukul 11 am..sampai ke Muar kira2 12am..penat tp berbaloi..



Perhentian Island the most beautiful island in the world....

Jumaat, 25 Februari 2011

Jangan Berburuk sangka!..











Renungan untuk pengajaran.




Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati,
Dengan mata yang Allah beri sewajarnya, pandangan kita jatuh memandang diri sendiri terlebih dahulu...

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri ternampak seorang lelaki sedang duduk berdua-duaan bersama seorang wanita. Di sisi mereka terdapat botol arak. Lalu Hassan berbisik, "Alangkah jahatnya pemuda orang itu dan alangkah baiknya jika dia seperti aku!". Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu yang hampir tenggelam. Lelaki yang duduk tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan. Kemudian lelaki itu berpaling ke Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau lebih mulia dari aku, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat aku tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan aku telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun, Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka, lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang berada disamping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."



Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkan saya dari tenggelam kebanggaan dan kesombongan." Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permihonan tuan." Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendah diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.


Kesimpulannya, pertama, jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah, Jangan menghinanya atau redha dengan perbuatannya, sedangkan kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah ilmu ini masih juga melakukan perbuatan yang dilarang.


Kedua, perkara yang patut kita ingat tentang diri kita ialah perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan ialah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Allah berfirman,

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan tidak menyombong diri. Mereka meniggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan dan kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (as-Sajadah: 15-16).


Isnin, 7 Februari 2011

BaWa KAu PerGI

Time ptg mcm ni aku dah mula jiwang la plk...kah3....lirik lagu nie simple but nice

Kini ku kenal hatiku,
dan kini ku tahu apa sebenarnya,
kemahuanku selalu
di depan mata tak hilang kemana,

percayalah naluri berkata
jangan ku diragu lg
terimalah segala seadanya
agar tiada rugi lg.

akan ku bawa kau pergi
ke destinasi seindah pelangi,
akan ku bawa kau pergi
bukan sementara tp selamanya

hilang sudahlah celaru
berganti pasti dan menjadi aku
percayalah naluri berkata
jgn ku diragu lagi
terimalah segala seadanya agar tiada rugi lg

akan ku bawa kau pergi
ke destinasi seindah pelangi,
akan ku bawa kau pergi
bukan sementara tp selamanya

kini ku kenal hatiku......

Selasa, 11 Januari 2011

PorT DiCkSon 1-2 Jan 2011

Lama betol x update blog ni...x ade masa kot tapi mcm byk masa pulak..huhuhuuuu..aku nak citer sikit baru2 nie aku dgn member2 kilang ade wat trip ke Port Dickson sempena taun baru 2011...percutian ni dr 1-2 january 2011..best jugaklah dah lama x g kawasan pantai....tenang jiwa tgok air laut yg membiru dan pasir yg puteh bak salju ceh wahh..ayat x bleh blahhh...hahahahaha...ramai gak yg g sn kira2 18 org...tarikh 1.1.2011bermulanya cerita kitaorg berkumpul kat parking sebelah sT sepatutnya dlm pkul 8..almaklumlah aku mmg bab2 g ni mmg terlambat sampai kat tmpt parking pkul 8.30am org sume dah sampai  dgn muka tak bersalah..sory kawan2 I'm late...huhhuuuu..bertolak dr muo pkul 9.00am dah le lambat sempat lg isi perut kat warung area kesang dekat2 pkul 10am gak bru gerak ke PD...bru gerak dlm 1 jam dah benti kat BHp menunaikan hajat le pulak adoyai dlm hati bila la nak sampai kalu mcm nie...tp layan kn je..tgok2 kat BHp tu ade 1 je toilet nak tugu turn punyer ler lm sempat amik gmbr lg...mcm2 ragam..

kat tempat parking sebelah ST

sarapan pagi kat warung di tepi AMJ...mkn x agak2 hahaaaaa

punyer la lm nak tugu turn msuk toilet sempat lagi pose kat tepi BHp ni..

lepas sume selesai menunaikan hajat kitaorg pon gerak ke PD dgn hati yg lega hajat pon termakbul...perjalanan dr muo ke PD kira 2 jam sampai je kat Tiara Beach Resort dlm pkul 12.30pm..Apartment yg kitaorg sewa ni jauh gak dr telok kemang kira2 4-5km tp ok gak coz tempat ni tenang jerk..


Sampai awal kat Tiara x bleh msuk plk sepatutnya ms check in pkul 2 so kitaorg g le  cri mkn dlu sebelom dpt msuk apartment..Nogori 9 nie femes dgn masak lomak cili padi ape lg sampai2 kat kdai mkn sume nak bantai msak lomak..hhahahahaaha...tp memang masak lomak siput sedut terbaek..sodap!!!



 nomah mkn pon mulut ckp gak...poneng pale....




loppy dgn yus mkn x pandang2 org tau le sedap...

Lepas siap mkn sume kitaorg gerak ke Tiara blik untuk check in dlm pkul 2pm lepak2 jap mandi,tido,menunaikan tanggungjawab pd Yang Maha Esa...Aparment kat Tiara ni ok la kemudahan sume ade selesa jugak..Dlm pkul 4pm lebih kitaorg bersiap2 untuk pergi ke tepi pantai byk xtvt nak wat ptg tu..mula2 nak g telok kemang untuk mandi kat c tu tp al maklumlah public holidy org punyer le ramai nak parking kete pon susah..kitaorg gerak lg at last jumpe pantai Bagan Pinang x sure pulak ni batu berape???  tegok kwsan ni not bad la cantek, pasir puteh sesuai coz kitaorg nak wat permainan ptg tu..plan nak wat permainan ni sume org x tau ni plan aku, loppy dgn ida, saje je nak wat suke2..


aksi naik banana boat..

naik boat pon posing gak..huhuhuuuu
masa ni abg boat suruh kitaorg lompat dlm air kat tgh2 laut plk tu..pergh!!!!..seram gak..tp dah masuk best plk bleh berenang lg..rugi sape yang x try benda nie..


lampaian jaguh...kahkaahkah..


 penat tp best..sempat lg posing kat tepi pantai..

 amboi bkn maen lg dia...

 
kamilah juara....kahakahakahakkah...

anak2 dara pingitan..jgn marah beb..

jaga ko deen kitaorg dah ready nak baling tepong kat ko..yus ade pegang tepong 1 kg...kahkaahakahhh..

finaly deen kena gak...kahakahakahahh

gmbr sunset terbenam terbaek...

Pkul 7pm kitaorg blik ke apartment untuk membersih diri sebelum xtvt mlm plk..kira2 pkul 9 kitaorg ready untuk bbq kat tepi pantai telok kemang..

gaul bio rata nanti bako sedap..hihihiiii


loppy mcm x sabo je...hahahaha

pergh!!!posing bkn maen lg...hangus ayam tu cik kak..kahakahakahakkkaahh..

BBQ terbaek PD licin sodap sgt...nyam2
lepas kenyang posing lagi...alhamdullilah tawa keriangan...

dlm pkul 1am gak bru blik apartment..mandi terus tido penat giler...hahahaaaaa..2nd day sarapan kat apartment terus gerak ke Telok Kemang mandi lg last chance bantai sampai lebam..sebelom blik sesi penyampaian hadiah kepada pemenang..

1st place...

2nd place..

team paling corot...boooooo!!!!!

happy together...Team C the best....

Tamat suda..korg sumer best la..laen kali bleh wat lg tp g tmpt laen plk..sume gmbr dlm ni hasil dr air tgn Deen sume gmbr cantek..All the best guys..